Para ibubapa dan pelajar boleh menyemak keputusan ujian 1 di laman SAPS.

GALERI NOSTALGIA PUTRA

Penubuhan Galeri Nostalgia Putra adalah bagi mengimbau kembali nostalgia SMK Putra yang gemilang suatu ketika dahulu. Gambar-gambar lama dan bahan pameran diperoleh daripada koleksi SMK Putra sendiri dan sumbangan orang perseorangan iaitu bekas pelajar, guru dan staf SMK Putra (Alumni). Penubuhan Galeri Nostalgia Putra ini diharapkan dapat memberI sedikit sebanyak info tentang kegemilangan SMK Putra dan mengeratkan silaturahim antara warga SMK Putra dengan Alumni Putra.

DSC_0221_4288x2848 DSC_0144_4288x2848 DSC_0125_4288x2848 DSC_0129_4288x2848 DSC_0130_4288x2848 DSC_0133_4288x2848 DSC_0147_4288x2848 DSC_0148_4288x2848 20140319_140737 20140319_140712 20140319_140700 20140319_140558

PROGRAM BULAN BAHASA

Program Bulan Bahasa peringkat sekolah diadakan pada 1 hingga 28 April 2014. Program ini bertujuan untuk menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra menggunakan Bahasa Melayu sebagai pertuturan harian. Ia juga bertujuan untuk menyedarkan kepentingan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar walaupun berada di mana-mana tempat, memupuk semangat pelajar untuk menggunakan pelbagai bahasa serta mencungkil bakat dan kemahiran individu daripada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Board Games, Penulisan Esei, Drawing Competition, Deklamasi Sajak, Putra Idol, Pertandingan Berbalas Pantun, Poem Recitation Competition, Forum Remaja, Info Hunt, Choral Speaking Competition dan Pidato Kenegaraan.

DSC_0465_4288x2848 DSC_0474_2848x4288 DSC_0468_4288x2848 DSC_0493_4288x2848 DSC_0506_4288x2848 DSC_0517_4288x2848 DSC_0495_4288x2848 DSC_0513_4288x2848

PROGRAM TITIAN KASIH MEGA 2014

IMG_3435

Program Titian Kasih Mega merupakan salah satu program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis telah diadakan di SMK Putra pada 19 Mac 2014 bersamaan 17 Jamadilawal 1435. Sehubungan itu DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin serta DYTM Raja Puan Muda Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah mencemar duli bagi menghadiri program ini. Turut hadir ke program ini ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Encik Dun bin Kasa, YDP Yayasan Tuanku Syed Putra, YDP PIBG SMK Putra serta ramai lagi tetamu jemputan. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan rakyat di samping menanam sifat setia rakyat kepada Raja. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa. Sempena dengan Program Titian Kasih Mega 2014 juga telah dilancanrkan perasmian Galeri Nostalgia Putra yang telah tubuhkan hasil ilham Tuan Pengetua Encik Abdul Hadi bin Mahamood pada 1 Februari 2014 oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin.

DSC_0196_4288x2848 DSC_0200_4288x2848 DSC_0201_4288x2848 DSC_0205_2848x4288 DSC_0210_4288x2848 DSC_0213_4288x2848 DSC_0217_4288x2848 DSC_0243_4288x2848 IMG_3376_1920x1280 IMG_3390_1920x1280 IMG_3407_1920x1280 DSC_0150_4288x2848 DSC_0096_4288x2848 DSC_0110_4288x2848 DSC_0106_4288x2848 DSC_0108_4288x2848