Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1965 dan telah dirasmikan pada tahun 1969 oleh D.Y.M.M.Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail iaitu Tuanku Raja Perlis pada ketika itu.diawal penubuhannya bilangan murid yang mendaftar pada ketika itu ialah seramai 234 orang bagi pelajar tingkatan 1, manakala tenaga pengajar hanya seramai 16 orang sahaja. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Putra mempunyai seramai 1154 orang murid yang berdaftar bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas. Bilangan staf akademik seramai 100 orang dan kakitangan sokongan seramai 16 orang. Pengetua pertama yang menerajui pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Putra ialah Encik Teoh Chooi Hoor yang juga merupakan Guru Besar bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Pada tahun 1967, beliau merupakan pelajar kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan LCE. Sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Putra. Mulai 1 Januari 2012 pula, Tuan Haji Yaziz bin Suid merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra sehingga 31 Julai 2013. Kini SMK Putra dipimpin oleh En Abdul Hadi bin Mahamood selaku tuan pengetua yang baru.

NAMA-NAMA PENGETUA

1965 Encik Teoh Chooi Hon

1966-1970 Encik Vijaya Vale

1971-1978 Puan Azizah binti Haji Mohd Taib

1979-1981 Cik Asnah binti Husin

1982-1983 Encik Salleh bin Razali

1984-1988 Encik Mohd Hashim bin Abd Rahman

1989-1990 Encik Azizan bin Md Noor (Memangku)

1990-1992 Encik Romli bin Desa

1992 (Apr-Okt) Encik Kamar bin Khalid (Memangku)

1992 (Okt) Encik Md Noor bin Hashim

1996-2002 Puan Hajah Rahina binti Derus

2002-2005 Puan Hajah Wan Zurah binti Puteh

2005-2007 Encik Zulkifly bin Ismail

2007-2012 En. Ghazali bin Ibrahim

2012-2013 (Julai) Tn Hj Mohd Yaziz bin Suid

2013 – kini En. Abdul Hadi bin Mahamooh