Visi dan Misi

VISI

Memperkasakan SMK Putra antara sekolah terbilang di Negeri Perlis menjelang Tahun 2018


MISI

Warga SMK Putra dengan penuh ikhlas, cakna dan iltizam berusaha untuk : –

  • Melahirkan pelajar yang terbilang dan berdaya saing dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar sebagai modal insan yang berakhlak mulia, beretika dan berdisiplin setiap masa.
  • Menyediakan prasarana yang berkualiti demi meransang perkembangan mental dan fizikal kea rah melahirkan insan yang seimbang.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menjana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dinamik, menyeronokkan dan berkesan.
  • Mewujudkan permuafakatan sekaligus penggembelengan minda dan tenaga dengan ibu bapa serta komuniti demi kemajuan sekolah yang berterusan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan untuk menjana perkongsian pintar kearah pembinaan sekolah terbilang.