Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra merupakan sekolah Gred A dan mempunyai 43 kelas. Pada masa kini Sekolah Menengah Kebangsaan Putra berkeluasan 12.11 hektar, sudah memiliki kawasan dan bangunan sendiri yang lengkap dengan kelas-kelas pembelajaran, makmal sains, bilik muzik dan tayangan, perpustakaan, bengkel Kemahiran Hidup, bengkel Automotif, bilik Ekonomi Rumah Tangga, bilik Seni, Makmal Grafik Komputer dan lain-lain bilik asas serta kemudahan-kemudahan yang lain. Sekolah ini juga mempunyai kelas Pendidikan Khas kategori cacat pendengaran dan cacat pengelihatan.