PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2017


Program Remaja Berwawasan bagi SMK Putra telah dirasmikan pada 6 Mac 2017 bertempat di Dewan Besar SMK Putra. Persamian telah disempurnakan oleh Mejar Tajul selaku Timbalan Pegawai Memerintah, Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5RS), Kem Bukit Kayu Hitam. Program Remaja Berwawasan ini melibatkan 20 orang pelajar lelaki terpilih dan pelajar-pelajar tersebut merupakan kumpulan perintis bagi program ini. Pelajar ini akan dilatih oleh jurulatih dari 5RS dan di bimbing oleh beberapa orang guru yang dilantik.