MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Putra telah diadakan pada 30 Julai 2015 bertempat di Dewan Besar SMK Putra. Majlis telah dirasmikan oleh Y.M Raja Dato’ Azwane bin Raja Arif, Pengarah Eksekutif Temokin Holding Sdn Bhd. Turut serta menghadiri majlis ialah para alumni SMK Putra, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah negeri Perlis serta ibu bapa para penerima anugerah. Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti jualan oleh persatuan dan kelab, pameran oleh pelajar Grafik Berkomputer, Servis Motor, Kolej Vokasional Kangar, Pasukan AW 504, Kastam, Politeknik dan ramai lagi serta pertandingan-pertandingan yang dijalankan oleh bidang teknik dan vokasional.