PROGRAM TITIAN KASIH 2017

Keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke Program Titian Kasih 2017 di SMK Putra pada 22 Februari 2017 yang turut diiringi oleh YBhg SS dato’ Mufti Perlis, Dato’ Johari Darus, wakil Pengarah Pendidikan Perlis, CEO MAIPs, PDRM dan YDP PIBG. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis dengan kerjasama erat JPN Perlis bertujuan untuk menanamkan sifat setia rakyat kepada Raja, mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan rakyat, serta menyampaikan ceramah mengenai bencana alam, sukan, kesihatan dadah dan sahsiah pelajar.


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan pada 6 Februari 2017 bertempat di Dewan Besar SMK Putra. Majlis turut dihadiri oleh wakil dari PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya hadir ke sekolah setiap hari persekolahan, menjaga tingkah laku sebagai seorang pelajar serta mematuhi peraturan sekolah.