MAJLIS GRADUASI SPM DAN STPM 2017

Pelajar-pelajar SPM dan STPM 2017

Majlis graduasi bagi pelajar SPM dan STPM tahun 2017 telah diadakan pada 28 SEPTEMBER 2017 bertempat di Dewan Besar SMK Putra. Majlis ini bagi meraikan dan menghargai usaha pelajar dalam peperiksaan percubaan SPM dan juga STPM yang melaykkan mereka mendapat sijil. Semoga dengan adanya majlis seperti ini akan menjadi pembakar semangat para pelajar untuk terus berusaha agar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM nanti.


PROGRAM REMAJA BERWAWASAN 2017

Program Remaja Berwawasan bagi SMK Putra telah dirasmikan pada 6 Mac 2017 bertempat di Dewan Besar SMK Putra. Persamian telah disempurnakan oleh Mejar Tajul selaku Timbalan Pegawai Memerintah, Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (5RS), Kem Bukit Kayu Hitam. Program Remaja Berwawasan ini melibatkan 20 orang pelajar lelaki terpilih dan pelajar-pelajar tersebut merupakan kumpulan perintis bagi program ini. Pelajar ini akan dilatih oleh jurulatih dari 5RS dan di bimbing oleh beberapa orang guru yang dilantik.